Kathleen sebelum ini berkhidmat sebagai Ketua Jururawat di klinik Diaverum terbesar di Qassim, Arab Saudi selama 8 tahun dan kini bertugas sebagai Pengurus Kejururawatan Negara di Diaverum Malaysia dan Singapore.
Beliau mempunyai minat mendalam dalam membangunkan pemimpin masa depan dalam bidang kejururawatan, dan telah berjaya membimbing enam jururawat ke jawatan pengurusan. Kathleen menamatkan Ijazah Sarjana Muda Kejururawatan di Lyceum of the Philippines University.