"Diaverum ialah penyedia perkhidmatan penjagaan renal multinasional yang berasal dari Sweden. Kejayaan perniagaan kami terhasil daripada aset paling berharga kami iaitu warga kerja kami, yang masing-masing menyumbang kepakaran, semangat dan inspirasi untuk berkembang bersama kami. Dengan budaya True Care sebagai teras kepada segala yang kami lakukan, Diaverum sentiasa melabur dalam membangunkan tempat kerja yang pelbagai, inklusif dan melibatkan setiap pekerja. Kami menyokong pembangunan berterusan serta mengutamakan kesejahteraan pekerja. Kami menawarkan peluang kerjaya dalam persekitaran multibudaya, waktu kerja yang stabil untuk profesional perubatan dan fleksibiliti kerja untuk profesional perniagaan. Sertailah kami!"

Suasana yang Mesra dan Hangat

Menurut kata-kata salah seorang pesakit: “Di klinik saya, kami telah menjadi seperti sebuah keluarga sepanjang 11 tahun yang lalu. Kadangkala saya sendiri terlupa bahawa saya menghidap CKD. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jururawat yang hebat kerana memberi saya peluang untuk menerima rawatan di sini.”

Fokus kami adalah kepada manusia — pesakit kami, dan juga kakitangan kami. Kami mahu memastikan semua pesakit dan rakan sekerja kami menjalani hari-hari mereka di Diaverum dalam suasana yang mesra, selesa dan penuh kehangatan.

DSC01185f.JPG

Warga Kerja yang Diperkasakan

Potensi untuk inovasi dan kreativiti wujud dalam setiap diri kita. Budaya syarikat kami menggalakkan pemerkasaan, dan kami memberi peluang kepada para pekerja untuk menyuarakan pendapat mereka melalui kaji selidik penglibatan tahunan kami. Kami juga mengadakan mesyuarat pasukan secara berkala dan telah memperkenalkan prinsip Kaizen di klinik-klinik kami, yang membawa maksud “perubahan ke arah yang lebih baik” dan “penambahbaikan berterusan.” Kerjaya yang berjaya di Diaverum boleh dibina oleh mana-mana pekerja yang mengamalkan konsep-konsep ini dan mempunyai semangat untuk berjaya.

Komunikasi Terbuka

Kami berbangga dalam menggalakkan semua pekerja untuk menyuarakan pandangan mereka. Selain kaji selidik penglibatan, mesyuarat pasukan dan proses penilaian tahunan, polisi pintu terbuka serta struktur organisasi yang tidak terlalu berhierarki memberi peluang kepada pekerja di semua peringkat untuk berinteraksi dengan para pemimpin organisasi.

Penambahbaikan Berterusan

Kami mendengar pandangan kakitangan kami, dan sudah tentu juga pesakit kami. Kami mempunyai pendekatan yang tersusun dalam mengambil tindakan berdasarkan maklum balas yang diterima melalui kaji selidik penglibatan pekerja dan kepuasan pesakit; dan sedaya upaya, kami akan melaksanakan idea-idea penambahbaikan yang dicadangkan.

Bagi memastikan kami benar-benar menetapkan standard tertinggi untuk diri kami sendiri, kami juga mendapatkan panduan daripada pihak luar untuk meningkatkan mutu kualiti kami. Kami sedang menjalankan program pensijilan ISO dan terlibat dalam penyelidikan yang berfokus kepada pesakit bagi memastikan rawatan kami selaras dengan perkembangan terkini dalam penjagaan renal. Kami turut menawarkan akses kepada pekerja dan pesakit terhadap pangkalan pengetahuan kami yang luas melalui program pendidikan profesional kami, d.ACADEMY.