Semasa menjalani rawatan buah pinggang, ramai pesakit mengalami tekanan dalam kehidupan mereka.
Keadaan ini berlaku kerana ia merupakan satu perubahan besar dan kejutan dalam hidup mereka. Pesakit mungkin merasakan bahawa semua aktiviti tidak lagi seperti dahulu.
Oleh itu, adalah penting untuk pesakit mendapatkan sokongan moral daripada keluarga dan rakan-rakan agar mereka dapat meneruskan kehidupan dan menjalankan aktiviti seperti biasa. Pesakit juga digalakkan untuk kekal aktif dalam kehidupan seharian bagi meningkatkan keyakinan diri serta mengelakkan tekanan dan kemurungan.
Kebaikan Kekal Aktif- Meningkatkan keyakinan diri
- Meningkatkan tahap aktiviti fizikal
- Merangsang minda dengan lebih baik
- Menggalakkan interaksi sosial
- Mengekalkan pendapatan melalui pekerjaan
- Memberikan kepuasan diri yang lebih tinggi