Pusat Dialisis Subang ARCA yang terletak di Subang Jaya, Selangor telah menerima pengiktirafan daripada Majlis Agama Islam Selangor, Zakat atas prestasi cemerlangnya, khususnya dalam aspek berikut:
1. Tiada aduan daripada pesakit tajaan Zakat
2. Hubungan dan kerjasama yang cemerlang dengan pihak Zakat
3. Tiada rekod tuntutan palsu atau kesilapan tuntutan
Selain pengiktirafan tersebut, pihak Zakat turut menghadiahkan dua (2) mesin dialisis B. Braun baharu lengkap dengan kerusi kepada pusat dialisis tersebut.
Pegawai Zakat telah melawat Pusat Dialisis Subang pada hari Rabu, 5 September 2018 bagi merasmikan penyerahan dua mesin dialisis tersebut. Pusat dialisis kemudiannya menyediakan jamuan ringan untuk para tetamu.
Pasukan Pusat Dialisis Subang bergambar bersama dua pegawai Zakat yang hadir melawat pusat tersebut.

