Hai, nama saya Wan Roslina, dan saya merupakan Ketua Jururawat di Pusat Dialisis Diaverum IMU, Kuala Lumpur.

Saya telah berkhidmat sebagai jururawat berdaftar selama lebih daripada 20 tahun. Lapan tahun pertama kerjaya saya merangkumi tiga tahun bersama Sunway Medical Centre, diikuti dengan beberapa tahun bekerja di Timur Tengah. 

Saya dilahirkan dan dibesarkan di Pahang, Malaysia, di mana saya juga menamatkan pendidikan untuk menjadi seorang jururawat. Saya memperoleh Diploma Kejururawatan daripada Hospital Assunta, sebelum melanjutkan pengajian dan memperoleh Sijil Post Basic Hemodialisis daripada Institut Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) Malaysia. 

Selepas kembali ke tanah air, saya meneruskan kerjaya kejururawatan dengan menyertai Pusat Dialisis IMU. 

Sepanjang tempoh saya bekerja di luar negara, saya telah melihat dan mengalami banyak perkara yang berharga. Tiga bulan pertama agak mencabar kerana saya perlu menyesuaikan diri dan belajar berkomunikasi dalam bahasa Arab memandangkan kebanyakan pesakit di sana tidak begitu fasih berbahasa Inggeris. Namun begitu, pengalaman bekerja di sana sangat menarik kerana saya berpeluang bekerjasama dengan rakan sekerja daripada pelbagai negara seperti Filipina, India, Arab Saudi, negara-negara Afrika dan Australia. Kemudahan serta teknologi perubatan di Arab Saudi juga lebih canggih dan maju berbanding Malaysia. Contohnya, penggunaan peranti ultrasound untuk prosedur pencucukan fistula, rawatan Single-Use, serta Hemodiafiltration (HDF).

Apabila saya kembali ke Malaysia, suasana kerjanya agak berbeza. Saya merasakan pengalaman teknikal yang diperoleh di Arab Saudi membolehkan saya bekerja dengan lebih mudah dan mahir. Pada masa yang sama, persekitaran kerja di Malaysia juga kurang tertekan kerana terdapat ramai jururawat dan kami sentiasa bekerjasama serta saling menyokong dalam rutin harian di klinik. Selain itu, saya juga berpeluang mempelajari lebih banyak aspek berkaitan proses pengurusan dan pentadbiran.