"Diaverum ialah penyedia perkhidmatan penjagaan renal multinasional yang berasal dari Sweden. Kejayaan perniagaan kami terhasil daripada aset paling berharga kami iaitu warga kerja kami, yang masing-masing menyumbang kepakaran, semangat dan inspirasi untuk berkembang bersama kami. Dengan budaya True Care sebagai teras kepada segala yang kami lakukan, Diaverum sentiasa melabur dalam membangunkan tempat kerja yang pelbagai, inklusif dan melibatkan setiap pekerja. Kami menyokong pembangunan berterusan serta mengutamakan kesejahteraan pekerja. Kami menawarkan peluang kerjaya dalam persekitaran multibudaya, waktu kerja yang stabil untuk profesional perubatan dan fleksibiliti kerja untuk profesional perniagaan. Sertailah kami!"

Sertai Kami! 

Sejak hari pertama kami membuka pintu pusat-pusat dialisis kami, kami telah memulakan satu perjalanan dengan misi untuk meningkatkan kualiti hidup pesakit yang menghidap penyakit buah pinggang. Anda boleh menjadi sebahagian daripada organisasi kami dan mengambil langkah pertama hari ini untuk menyertai kami dalam memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi kepada para pesakit. 

Di Diaverum, kami memberi tumpuan kepada pembinaan pasukan profesional yang sentiasa meletakkan pesakit sebagai keutamaan. Jururawat, doktor, kakitangan sokongan dan pasukan pengurusan kami bersama-sama mewujudkan standard baharu dalam penjagaan pesakit. Bagi memperkasakan setiap individu dalam mencapai matlamat ini, kami menyediakan peluang pembangunan diri dalam persekitaran antarabangsa. 

Di bawah ini, anda boleh melihat peluang kerjaya terkini yang ditawarkan oleh syarikat kami. 

Sekiranya tiada jawatan yang sesuai dengan minat anda, sila hantarkan permohonan anda ke alamat e-mel berikut: hr.malaysia@diaverum.com. Sila nyatakan jawatan yang ingin memohon dalam permohonan anda.

 
Terima kasih!