Pusat Dialisis Subang di Selangor meraikan pembukaan kemudahan dialisis baharu dan yang telah diperluaskan pada Ahad lalu (25 November 2018), dengan kehadiran seramai 130 pesakit, ahli keluarga dan kakitangan. 

Fasiliti ini dilengkapi dengan 16 mesin dialisis moden serta peralatan berkaitan yang terkini. Para pesakit dan ahli keluarga mereka turut menikmati jamuan makanan, permainan dan sesi karaoke yang berlangsung dengan meriah. 

Dr. Shyma Prasad, (PIC) untuk pusat dialisis tersebut, telah menyempurnakan majlis pemotongan kek sebagai simbolik perasmian fasiliti baharu yang serba moden ini. 

Picture 1.3.0..jpg

 

Picture 1.3.0. #2.jpg